Monday, November 14, 2022

Kerja di ladang pagi ini.

Kerja-kerja di ladang pagi ini mengaul media cendawan.

Hasil Cendawan Dari Ladang Kami Saifulam Agro Farm.

Hasil cendawan tiram kelabu di ladang kami pagi ini. Segar dari ladang ! Lokasi : Kampung Parit Hassan | Benut Pontian. Berminat boleh hubungi kami - 0137501589.

Thursday, September 29, 2022

Kursus Cendawan Secara Praktikal Pada 29 OKTOBER 2022 (Sabtu) Di Ladang Cendawan Bertempat Benut | Pontian | Johor. Yuk Daftarkan Diri !

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 29 OKTOBER 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Projek Cendawan Di Kemas Bukit Mewah, Johor Bharu.

Kerja fasa pertama penyedian tapak rumah cendawan di KEMAS Bukit Mewah, Johor Bharu oleh team Sifu Cendawan beberapa minggu lepas. Di amanahkan sebagai Penyedia Latihan Program Kesejahteraan Iskandar Malaysia (IM Makmur) di Tabika Kemas Bukit Mewah, Johor Bharu di beri tanggungjawab untuk menyelaras program tersebut kerjasama IRDA & KEMAS Negeri Johor. Moga di permudahkan ! #cendawanjohor #komuniticendawan #mentormanttecendawan

Kenangan bersama Selebriti Abang Bob Lokman Di Ladang Cendawan Kami. AL-FATIHAH Buat Allahyarham BOB LOKMAN.

Kenangan bersama Arwah Bob Lokman. Beliau pernah ke ladang kami di Benut beberapa tahun lepas dan saya sendiri pernah ke rumah beliau di Sungai Buloh, Selangor membuat penghantaran bongkah cendawan kukur. Beliau antara pengemar cendawan kukur. Al-Fatihah buat Mohd Hakim bin Lokman @ BOB LOKMAN. "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah nya, dan dari siksa api neraka." AMIN !!!

INOVASI CENDAWAN NANAS Menerima Anugerah EMAS Sempena Inovasi Teknologi Pertanian, Jabatan Pertanian Johor.

Menerima Anugerah EMAS Inovasi Teknologi Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Johor. Tajuk Inovasi Pengkomersialan Medium Tanaman Cendawan Daripada Sisa Nanas sebentar tadi. Di sampaikan oleh YB.Dato' Zahari bin Sarip (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor) bertempat Hotel Jen, Puteri Harbour, Iskandar Puteri. #inovasicendawan #cendawan

Gambar Peserta Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Di Ladang Cendawan, Benut Pontian Pada 26 September 2022

Penyampaian sijil penyertaan kursus tanaman cendawan secara praktikal di ladang kami sabtu lepas. Peserta kursus cendawan sedang membancuh media cendawan (habuk kayu getah, dedak & kapur pertanian) dan penyediakan media cendawan dengan memasukkan ke dalam plastik pp saiz 13x6. Antara kerja praktikal yang di lakukan sepanjang kursus sabtu lepas. Ilmu yang berguna buat yang hadir. Tahniah kepada semua ! Jumpa di kursus seterusnya pada 29 Oktober 2022 (Sabtu) bulan hadapan. #kursuscendawan2022