Tuesday, May 26, 2009

Wood Vinegar vs Kulat Hijau

Kulat Hijau di Bongkah Cendawan (Sumber blog cuka kayu )

Umumnya punca kulat hijau datang dari persikitaran bangsal, bilik suntik dan penyuntik benih itu sendiri. Kebersihan diri dan persekitaran memainkan peranan amat penting bagi menghalang atau mengelakkan ia mula membiak.

Kaedah tipikal telah banyak dibincang dan ditulis oleh pengusaha-pengusaha cendawan yang baru dan lama, yang berpengalaman mahupun yang rajin membaca. Ini boleh didapati di blog-blog mereka samada secara langsung atau melaui pautan alamat yang mereka sediakan.

Di sini saya hanya memberi sedikit tambahan bagaimana produk cuka kayu dapat membantu dalam mencegah dan membunuh kulat hijau. Kaedah-kaedah tipikal tidak boleh diketepikan walaupun kaedah cuka kayu digunakan kerana faktor asas tetap memainkan peranan penting walaupun ada kaedah lain ynag dapat membantu.

Utk Pencegahan kulat hijau, selepas pembersihan mulut selepas tuai, sembur sikit larutan wood vinegar kepekatan 200x sebelum tutup rehat dipasang. Logiknya, pada kepekatan ini ia membunuh bakteria dan kulat. Cuka kayu pada kepekatan 1:10 boleh digunakan sebagai pembersih sudu atau alat pengorek mulut bongkah anda. Apa yang menarik, semburan cuka kayu bukan sahaja menghalang kulat hijau, tetapi juga menambah nutrien pada bongkah untuk menggalak pertumbuhan/ pembaikan misileum di mulut bongkah selepas tuaian. InsyaAllah penegeluaran seterusnya tidak ada kulat hijau lagi.

Sekiranya anda membuat bongkah sendiri, gunakan air larutan wood vinegar utk bancuhan media, pada kadar kepekatan 500-1000x. Perbezaan nisbah ini bergantung kepada kualiti habuk kayu yang dibunakan. Habuk yang masih baru, 1000x dan kepekatan ditambah secara berperingkat sehingga maxima 500x untuk habuk yang sudah lama atau habuk guna semula dari bongkah yang sudah tamat pengeluaran. InsyaAllah bongkah akan selamat dari serangan kulat hijau, oren dan hitam.

Pengukusan bongkah selama 3 jam pun sudah memadai untuk pengukusan menggunakan steamer dan 2 jam sahaja sekiranya anda menggunakan tong drum. Ini kerana cuka kayu sudah membunuh sebahagian bakteria & kulat merbahaya dalam campuran medium bongkah. Sedikit cuka kayu tulen boleh dicampur kepada air kukusan sekiranya mahu untuk menjadi lapisan pelindung pada bahagian luar bongkah yang telah dikukus nanti.

Utk Pembasmian kulat hijau, cuka kayu dapat membantu dengan kaedah berikut. Asingkan bongkah yang bermasalah, sembur larutan wood vinegar kepekatan 1:50 ke mulut beg cdwn yg bermasalah & tutup rehat hingga kulat hijau hilang. (2-3 mggu). Selain kaedah ini, gunalah juga pendapat & pengalaman pengusaha-pengusaha lama yang lebih berpengalaman.

Dalam kes lebih berat, sekiranya masalah kulat hijau di tempat anda hampir tidak dapat dikawal, semburan larutan cuka kayu nisbah 1:20 diseluruh kawasan projek terutama di kawasan jangkitan, dalam bangsal & bilik suntik juga dapat membantu pengawalan pada masa akan datang. Namun, untuk masalah seberat ini, hampir mustahil boleh berlaku sekiranya penggunaan cuka kayu dari peringkat awal dipraktikkan.

Walau bagaimanapun, dalam mengatasi masalah kulat hijau, PENCEGAHAN adalah jauh lebih bermakna dari PEMBASMIAN. Ini kerana, jika anda bernasib baik, bongkah yang bermasalah akan pulih dalam masa 2-3 minggu, sedangkan pada tempoh yang sama, bongkah yang baru disuntik juga sudah hampir matang.

No comments: