Tuesday, May 26, 2009

Kebenaran Berkenaan Wood Vinegar Cuka Kayu

(Sumber blog cuka kayu)

Cuka kayu digunakan di dalam pertanian dan makanan haiwan ternakan. Penggunaan cuka kayu adalah pilihan yang terbaik bagi amalan perladangan organik. Kandungan semulajadinya menjadikan ia sebagai slternatif kepada penggunaan racun kimia dan baja kimia. Tambahan lagi cuka kayu tidak mengandungi toksik dan boleh di kembangkan secara biologi. Produk ini selamat kepada manusia, tanaman, haiwan dan alam sekitar.

Kelebihan Cuka kayu :

Cuka kayu memberikan banyak kelebihan kepada pertanian seperti dinyatakan dibawah.

1. Merangsang pertumbuhan pokok dan sayuran.
2. Menguatkan akar dan daun.
3. Menyuburkan tanah.
4. Mengurangkan bau.
5. Menanbah rasa asli kepada hasil pertanian dan juga produk-produk berkaitan.
6. Menghalang pembiakan virus dan penyakit dalam tanah.
7. Menghalang virus dan seranggan perosak untuk memperbaiki keadaan tanah.
8. Menambah kuantiti mikrob yang berguna.
9. Menghalau serangga perosak.
10. Mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria.
11. Menambah baik kualiti buah dan menambah kandungan gula dalam buah.
12. Sebagai pemangkin tumbesaran biji benih.
13. Sebagai bahan tambahan kepada baja kompos.
14. Membantu haiwan ternakan lebih sihat dan melindungi dari penyakit.
15. Menjadikan daging haiwan dan susu lebih berkualiti.

Produk ini diperolehi melalui penyejatan wap dari proses pembakaran kayu segar berkualiti pada ketetapan suhu tinggi yang terkawal. Cuka kayu mengandungi lebih 200 komponen seperti acetik acid, formaldehyde, ethyl-valerate, methanol, nutrient, tar dan banyak lagi. Daripada pengalaman penggunaan cuka kayu di dusun buah-buahan didapati kuantiti buah menjadi lebih banyak sehingga mencapai 70% pertambahan hasil.

Di negara ini cuka kayu telah banyak digunakan ke atas pokok kelapa sawit, getah, cili, sayuran, buah-buahan, cendawan, juga sebagai nyah bauan seperti bilik air, tong sampah, longkang dan sebagainya lagi.

Cuka kayu ini telah digunakan secara meluas di negara-negara lain seperi Jepun, Korea, China, Brazil, Afrika, Filipina, Vietnam, Kemboja, Thailand dan Indonesia. Produk ini menjadi pilihan negara-negara tersebut kerana penggunaan cuka kayu ini amat menjimatkan, murah serta memberi kesan yang mengkagumkan.

Cuka kayu juga digunapakai untuk tujuan kosmetik dimana boleh merawat penyakit kulit seperti alergi, kegatalan, membaikpulih struktur kulit serta penjagaan kulit.

Kelebihan cuka kayu sebagai anti oksida juga tidak dinafikan dimana beberapa syarikat luar negara seperti Jepun, Korea dan China menggunakan cuka kayu sebagai bahan utama produk detoxin seperti detox plaster.

Antara kelebihan cuka kayu lagi adalah sebagai bahan perasa tambahan kepada masakan dan juga boleh diminum dengan sukatan yang betul untuk melancarkan sistem penghadaman serta melawaskan perut.

Kajian-kajian dari negara-negara maju juga mendapati cuka kayu boleh digunakan untuk pembuatan bahan-bahan pencuci pinggan mangkuk, sabun mandi, syampu rambut, penghindar nyamuk dan serangga serta ubat-ubatan farmasi.

No comments: