Saturday, May 29, 2010

Akan ke Terengganu dan Kelantan 7-12/06/2010

Syukur Alhamdulillah,
ada kelapangan masa untuk berbicara di blog ini.Bulan ini memang sibuk untuk membuat sesikit pembesaran kawasan farm.Selain menyiapkan bongkah-bongkah bagi memenuhkan pondok sedia ada selain tempahan bongkah yang amat memberangsangkan sekali.Setiap hari memang akan membuat bongkah baru dan bersyukur ada sepupu-sepupu yang sudi membantu membuat kerja-kerja bagging bongkah.Setiap hari sahaja purata 500bongkah dan kerja-kerja akan terus laksana sehingga hujung minggu ini.Sebelum berhenti seketika dalam 5-6hari untuk ke Terengganu dan Kelantan.
Pada 7-12/06 ini adalah waktu berehat untuk menghadiri mesyuarat di Kelantan bukan urusan Projek Cendawan tapi personal.Disamping akan melawat beberapa pengusaha di Terengganu dan Kelantan semasa berada di sana nanti.Lokasi di kelantan sudah di kenal pasti hendak di lawati ialah Cendawan Timur dan beberapa tempat lagi selain di Terengganu.Bulan lepas sudah melawat ke Fatisha Agro Farm,Lutfi dan Kak Wan Naimah.Selain melawat bolehlah bertukar-tukar maklumat mengenai cendawan ini.
Kepada pengusaha-pengusaha di Terengganu dan Kelantan yang ingin mendapat barang-barang cendawan seperti benih,plastik pp,cap penutup dan Baja Air Cuka Kayu boleh hubungi saya.Harga boleh buat perbandingan dahulu..jika murah dan berpatutan boleh saya hantar sekali dan perkhidmatan penghantaran adalah percuma kerana perjalanan sehaluan sahaja.

No comments: