Saturday, May 1, 2010

Peluang Hanya Datang Sekali....

Semalam dalam jam 4.30petang menerima pangilan telefon dari insan yang amat di kenali.Bukan sahaja aku kenali walhal seluruh rakyat malaysia mengenali beliau..Beliau yang di maksudkan adalah Ustaz Dr.Badrul Amin Baharom ( Bekas Pensyarah Undang-undang UIA dan Bekas Ahli Panel Forum Perdana Ehwal Islam ).Tujuan beliau menelefon bagi menjemput aku dan menemankan beliau untuk ke Istana Bukit Serene,Johor bagi menerima jemputan Tengku Mona adik kepada Sultan Johor sekarang ini.Jemputan itu bagi meminta Ustaz Badrul mengetuai bacaan Tahlil dan zikir munajat di Istana Johor.Malangnya aku tidak dapat turut serta..memang tension teramat sangat laaa.Bukan mudah nak dapat tawaran seperti ini apatah lagi menerima jemputan dari kerabat Diraja Negeri Johor.Sampai sekarang rasa teramat Ralat tidak dapat iringi Ustaz Badrul ke Istana Besar Johor malam tadi di sebabkan aku berada dalam tugasan rasmi.Kemungkinan suatu hari nanti akan dapat bersama Ustaz ke Istana...Apa-apa pun minta maaf banyak-banyak pada Ustaz Dr.Badrul Amin kerana tidak bersama malam tadi.Jika makluman sampai sehari sebelum program pasti aku akan ke Istana Johor malam tadi.

No comments: