Saturday, May 11, 2024

Bertemu SAC (B) Dato' Shaharon Anuar - Bekas Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur & Pelakon Drama Gerak Khas.

Semalam perjalanan ke Tanjung Malim singgah sebentar di Restoran Nasi Kandar Petaling Jaya bertemu & bersarapan bersama SAC (B) Dato' Shaharon Anuar pasti ramai kenali beliau dalam Drama Gerak Khas. Beliau baru bersara tahun lepas dengan jawatan akhir di PDRM sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur. Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan watak sebagai SAC Saiful dalam siri drama kepolisan Gerak Khas di mana beliau membintanginya dari 1999 sehingga 2001 dan kembali menjayakan wataknya pada 2019. Beliau memulakan kerjaya dalam PDRM pada 4 September 1984 sebagai Inspektor Percubaan selepas itu bertugas di IPD Kota Kinabalu pada 1985 diikuti beberapa jawatan serta pangkat dari tahun ke tahun termasuk menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur pada 2020 sehingga 2022. Hampir satu jam berbual panjang dengan beliau, sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim bagi ole ole Kit Cendawan Nanas Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. #cendawannanas #gerakkhas #pelakon

No comments: