Saturday, May 11, 2024

Menerima Geran Pertanian (Steamer @ Pengukus Bongkah Cendawan).

Menerima kedatangan Steamer (Pengukus untuk 1000 bongkah cendawan) di ladang kami hari ini. Kedatangan pengukus kedua, steamer pertama kami buat dan beli sendiri di kedai besi milik sahabat. Bantuan Geran secara percuma dari Pejabat Pertanian Daerah Pontian & Jabatan Pertanian Negeri Johor. Insyallah selepas ini kerja-kerja di ladang akan lebih tersusun dan kerja membuat bongkah semakin rancak dengan mencapai sasaran kukusan lebih kerap. Terima kasih kepada seluruh pegawai dan pihak Pejabat Pertanian yang begitu komitmen membantu usahawan-usahawan pertanian bagi mengembangkan projek pertanian. Semoga projek cendawan kami akan terus berkembang maju. Alhamdulillah ! #jabatanpertanian

No comments: